Sistem Ekonomi Islam adalah sebuah sistem ekonomi yang berlandaskan syariah Islam. Sistem ini adalah bertentangan dengan sistem ekonomi yang digunakan pada hari ini iaitu Sistem Ekonomi Konvensional. Sistem Ekonomi Konvensional mengamalkan faedah (riba) yang telah diharamkan oleh ALLAH SWT.
ALLAH SWT telah berfirman di dalam al-Quran mengenai pengharaman riba:-
"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman."
(Surah Al-Baqarah (2): 278)
"Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya."
( Surah Al-Baqarah (2): 279)
"Dan sesuatu riba (tambahan) yang kamu berikan agar dia bertambah pada harta manusia, maka riba itu tidak menambah pada sisi Allah. Dan apa yang kamu berikan berupa zakat yang kamu maksudkan untuk mencapai keridhaan Allah, maka (yang berbuat demikian) itulah orang- orang yang melipat gandakan (pahalanya)."
( Surah Al-Rum (30): 39)
Apa itu RIBA??
RIBA adalah al-ziyadah (tambahan). Dari segi bahasa, ia bermaksud tambahan atau kenaikan. Secara istilah, ia terbahagi kepada dua maksud iaitu:
(1) Penambahan nilai ke atas sesuatu pinjaman yang disyaratkan oleh pemberi pinjaman atau dijanjikan oleh penerima pinjaman.
(2) Dalam bentuk pertukaran sesetengah barangan dan matawang, ia bermaksud perbezaan nilai akibat kuantiti yang berbeza ataupun perbezaan waktu pertukaran.
JENIS-JENIS RIBA
Riba Qardh
• Suatu pertambahan nilai tertentu yang disyaratkan terhadap yang orang yang berhutang (muqtaridh).
Riba Jahiliyyah
• Hutang dibayar lebih dari nilai asal, kerana si peminjam tidak mampu membayar hutangnya pada waktu yang telah ditetapkan.
Riba Fadhl
• Pertukaran antara barang sejenis dengan kadar atau tukaran yang berbeza, sedangkan barang yang ditukarkan itu termasuk dalam jenis barang ribawi.
Riba Nasi’ah
• Penangguhan penyerahan atau penerimaan jenis barang ribawi yang dipertukarkan dengan jenis barang ribawi lainnya. Riba dalam nasi’ah muncul kerana adanya perbezaan, perubahan, atau pertambahan nilai antara yang diserahkan saat ini dengan yang diserahkan kemudian.
Sumber: KENALI RIBA




0 comments:
Post a Comment