Ekonomi adalah sebuah kehidupan. Kehidupan adalah suatu ekonomi. Namun tidak ramai yang mengetahui bahawa hidup mereka sebenarnya adalah suatu EKONOMI.
Kadang-kadang, ada juga yang berpendapat bahawa ekonomi tidak penting dalam hidup. Bagi mereka, ilmu ekonomi adalah satu ilmu yang sangat rumit untuk difikirkan.
Jika kita fahami dengan lebih teliti, ilmu ekonomi adalah satu ilmu yang sangat menarik.
Setiap hari kita akan menggunakan duit. Duit juga termasuk dalam ilmu ekonomi.
Dan setiap perbuatan yang kita lakukan seperti bekerja, belajar, memasak, menonton televisyen dan sebagainya adalah tergolong dalam ilmu ekonomi.
" Ehh..Macam tu pulak??Betul ker?? "
Mari kita lihat hubungan di antara ilmu ekonomi dan contoh di atas:
(1) Jika kita bekerja, kita akan dapat gaji.
(2) Jika kita belajar, kita perlu membayar wang bagi yuran pengajian.
(3) Jika kita memasak, kita perlukan bahan-bahan untuk memasak. Oleh itu, kita perlu membeli bahan-bahan tersebut.
(4) Jika kita menonton televisyen, kita perlu membayar bil elektrik.
Sudah faham?? Begitu mudah,bukan??
“ Ermm..Kalau kita tak buat apa-apa, adakah ia juga termasuk dalam ekonomi?? ”
Jawapannya adalah sudah tentu.
Jika kita tidak melakukan sebarang pekerjaan juga termasuk dalam ekonomi. Hal ini ditakrifkan sebagai PENGANGGURAN.
Jom kita kenal hubungan di antara masalah pengangguran dan ilmu ekonomi..
APA ITU PENGANGGURAN??
Pengangguran :(1) Mereka yang terdiri dalam angkatan kerja (15-64 tahun) yang sedang mencari pekerjaan dan belum mendapatkannya.
(2) Orang yang tidak mencari pekerjaan. Contoh: Suri rumah, pelajar sekolah, mahasiswa, dan sebagainya yang tidak memerlukan kepada pekerjaan.
Pengangguran merupakan masalah ekonomi kerana produktiviti dan pendapatan masyarakat akan berkurangan sehingga ia akan menimbulkan isu kemiskinan dan masalah sosial.
Tingkat pengangguran yang tinggi boleh menyebabkan kekacauan politik, keamanan dan sosial sehingga ia boleh mengganggu pertumbuhan ekonomi.
JENIS PENGANGGURAN:
(1) Frictional Unemployment
Pengangguran yang bersifat sementara iaitu jika seseorang pekerja (telah berhenti bekerja) dan dalam proses mencari pekerjaan yang baru. Pengangguran ini berlaku ketika pekerja tersebut masih belum bekerja sehingga dia menemui pekerjaan yang sesuai.
(2) Structural Unemployment
Pekerjaan ada tetapi penganggur tidak dapat memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh pihak yang menawarkan peluang pekerjaan.
Contoh: Sebuah university memerlukan seorang pensyarah dalam bidang Ekonomi. Penganggur yang ada hanya mempunyai kemahiran dalam bidang Sains.
(3) Seasonal Unemployment
Pengangguran yang bermusim kerana pekerjaan tersebut berlaku dalam jangka masa yang tertentu.
Contoh: Pekerja kebun durian yang perlu bekerja hanya di musim durian sahaja.
(4) Cyclical Unemployment
Pengangguran ini disebabkan oleh masalah ekonomi sehingga permintaan tenaga kerja lebih rendah daripada penawaran tenaga kerja.
Tambahan:
Pengangguran juga boleh dibahagikan kepada:
(1) Voluntary Unemployment
Pengangguran yang bersifat sementara sehingga penganggur tersebut berjaya mendapatkan pekerjaan yang lebih baik.
(2) Involuntary Unemployment
Penganggur yang berusaha mencari pekerjaan,namun belum berhasil mendapatkannya.
Sekarang sudah jelas bahawa EKONOMI adalah sebuah KEHIDUPAN, dan kita juga hidup dalam suatu ekonomi.
Jika kita tidak melakukan apa-apa sekalipun, ia masih juga dikira sebagai ekonomi.
Menarik,bukan??







