Tuesday, March 30, 2010

✿ Diabetes Mellitus ✿

بسم الله الرحمن الرحيم


Apakah Diabetes Mellitus?

* Penyakit Diabetes Mellitus adalah satu keadaan di mana paras glukos (gula) tinggi di dalam darah disebabkan oleh kekurangan atau kurang keberkesanan insulin.

* Keadaan ini disebabkan oleh kurang hormon insulin yang dihasilkan oleh organ Pankreas.

* Insulin mengawal keseimbangan glukos dalam badan dengan membantu pergerakan glukos dari darah ke dalam sel.

* Sekiranya anda mengalami Diabetes Mellitus, glukos tidak boleh masuk ke dalam sel, sebaliknya kekal di dalam darah dan menyebabkan paras glukos tinggi dalam darah.

Apakah jenis-jenis Diabetes Mellitus?

* Terdapat dua jenis Diabetes Mellitus

o Diabetes Mellitus jenis 1
o Diabetes Mellitus jenis 2

* Diabetes Mellitus jenis 1 selalu terjadi di kalangan kanak-kanak dan remaja, ia meliputi > 90 % kes kencing manis.

Adakah penyakit ini sering berlaku?

* Kejadian Diabetes Mellitus berbeza antara negara dan komuniti. Di Malaysia dianggarkan kurang dari 1 %.

* Orang dewasa selalunya menderita Diabetes Mellitus jenis 2 tetapi dengan masalah kegemukan di seluruh dunia, kanak-kanak juga boleh mendapat Diabetes Mellitus jenis ini.

Kanak-kanak obesiti

Apakah yang menyebabkan Diabetes Mellitus?

* Sebab Diabetes Mellitus di kalangan kanak-kanak tidak diketahui
* Kemungkinan ia melibatkan gabungan antara keturunan dan faktor persekitaran.

Diabetes Mellitus jenis 1 : Kanak-kanak dan remaja selalunya mendapat Jenis 1.

Ia adalah satu keadaan "antoimmune" di mana system imun badan pesakit menyerang tisu-tisu dan organ badannya sendiri.

Diabetes Mellitus jenis 2 : Dilaporkan kerap terjadi di kalangan kanak-kanak di negara-negara yang mengalami peningkatan kadar kegemukan.

* Sebab-sebab yang lain termasuk kecacatan genetik fungsi Pankreas di mana Diabetes Mellitus berlaku ketika seseorang itu masih muda (maturity onset of diabetes in the young: MODY)

Apakah gejala-gejala penyakit Diabetes Mellitus?

Gejala-gejala yang ditunjukkan oleh pesakit Diabetes Mellitus jenis 1 bermula 1 minggu atau lebih sebelum kanak-kanak tersebut betul-betul sakit. Anak anda mungkin mengadu:

* kerapkali kencing dan air kencing banyak (siang dan malam)
* rasa haus yang amat sangat
* berat badan menurun
* rasa letih lesu dan kurang tenaga.

Perhatian:
(Kencing malam ) pada kanak-kanak yang telah terlatih mengawal pundi kencingnya di kenali sebagai "secondary enuresis". Sekiranya anak anda mengalami masalah ini, Diabetes Mellitus haruslah disyaki.

Gejala tambahan yang sering berlaku pada kanak-kanak:

* sakit perut dengan atau tiada muntah
* sakit kepala
* masalah tingkahlaku
* mudah mendapat jangkitan terutama di kulit

Sekiranya gejala-gejala ini tidak dikenalpasti awal, kemungkinan anak anda akan mengalami "diabetic ketoacidosis" (DKA).

Apakah "Diabetic Ketoacidosis"?

* Ia adalah keadaan kecemasan di mana kanak-kanak mengalami paras glukos yang tinggi dalam darah dengan pernafasan yang cepat serta dalam keadaan keliru atau koma.
* Dalam keadaan ini, anda perlu mendapatkan rawatan perubatan dengan kadar segera. Anak anda perlu masuk ke hospital untuk rawatan insulin dan terapi cairan.

Diabetes Mellitus Jenis 2 terjadi pada kanak-kanak di ambang atau selepas akil baligh. Ibubapa mungkin tidak mengetahui anak mereka mengalaminya sebab tanda-tandanya kurang jelas jika berbanding dengan Diabetes Mellitus jenis 1.

Masalah apakah yang ditimbulkan akibat Diabetes Mellitus?

Permulaan komplikasi bergantung pada jangkamasa dan kawalan kencing manis. Komplikasi ini hanya akan timbul di kemudian hari. Doktor anda akan memberitahu samada Diabetes Mellitus anak anda terkawal atau tidak apabila anda datang untuk lawatan rawatan susulan.

Taraf glukos dalam darah yang terkawal akan mengurangkan atau melambatkan berlakunya komplikasi yang melibatkan:

* Ginjal : kegagalan ginjal
* Mata : kebutaan
* Jantung : serangan jantung

Sumber : INFO SIHAT

Bicara Ilham:
~..My niece is diagnosed with diabetes..She's only 2 years old!!..Too young for such a disease..Please pray for her..~

0 comments:

Post a Comment