Showing posts with label ✿ badan kita ✿. Show all posts
Showing posts with label ✿ badan kita ✿. Show all posts

Thursday, May 13, 2010

✿ Diet?? ✿

بسم الله الرحمن الرحيم
“ Saya tak nak makan lah, sebab takut gemuk.. “

“ Awak je lah yang makan.. Saya tengah diet sekarang.. “

A: “ Semalam Mrs.X jatuh pengsan sebab dia tak makan.. “
B: “ Laa.. Yeker?? Kenapa dia tak makan?? “
A: “ Hurmm.. Sebab dia nak jaga badan.. “

Wahh..!! Sampai macam itu sekali khususnya kaum perempuan untuk menjaga badan mereka.. Ada yang sanggup berlapar, dan ada juga yang jatuh sakit gara-gara aktiviti DIET ini..

Kadang-kadang saya terfikir kenapa manusia yang telah dikurniakan akal oleh ALLAH SWT ini terlalu berfikiran sempit.. Sedangkan akal adalah keistimewaan yang telah diberikan oleh ALLAH SWT kepada manusia untuk digunakan bagi membezakan di antara perkara yang baik dan buruk, hak dan batil..

Islam adalah suatu agama yang sangat mudah.. Ajaran Islam sama sekali tidak akan membebankan umatnya.. Ia juga agama yang syumul yang mana ia merangkumi segala aspek kehidupan termasuklah DIET..

ALLAH SWT juga telah mengutuskan Nabi Muhammad SAW untuk dijadikan contoh @ Qudwatun Hasanah kepada kita dan mengajar kita tatacara kehidupan dalam Islam..

Jadi, mengapa kita perlu bersusah-payah untuk mencari sesuatu perkara yang mana kadang-kadang ia boleh memberi kesan yang negatif kepada diri kita??

Setuju??




Okey.. Mari kita lihat etika diet yang diamalkan oleh Rasulullah SAW..

• Rasulullah SAW tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging.

• Rasulullah SAW tidak makan daging bersama ikan.

• Rasulullah SAW tidak minum susu sewaktu baginda menjamah ikan.

• Rasulullah SAW tidak minum susu sewaktu baginda memakan ayam.

• Rasulullah SAW tidak makan ikan bersama telur.

• Rasulullah SAW tidak makan ikan bersama daun salad.

• Rasulullah SAW melarang meminum susu bersama cuka.

• Jangan makan buah bersama susu. Dalam erti kata lain koktel.

Namun para saintis telah menemukan agar baik untuk menikmati khasiat susu bersama jus buah berkultur kerana jus susu kultur sedemikian baik untuk memperbaiki ketidakselesaan dan ketidakhadaman perut. Namun pengguna perlu memilih jenis jus susu kultur yang kurang kadar kemasamannya kerana kemasaman boleh menghakis perut melalui tahap keasidannya, lama-kelamaan boleh menyebabkan gastrik.

• Rasulullah SAW tidak memakan buah-buahan selepas memakan gandum, roti atau makanan berat sebaliknya Rasulullah memakan buah-buahan sebelum makan makanan berat, gandum atau roti.

• Rasulullah SAW akan tidur sejam selepas makan tengahari.

• Rasulullah SAW melarang manusia untuk meninggalkan makan malam. Barangsiapa yang meninggalkan makan malamnya dia akan dimamah usia dan tahap kolestrol dalam darah dan badannya akan berganda.

• Dalam Kitab Al-Quran ada melarang manusia untuk makan makanan darat bercampur makanan laut.

Contohnya seseorang yang memakan nasi berlaukkan sup daging lembu, maka dia tidak digalakkan untuk mencampuri makanan tersebut dengan makanan laut seperti udang, ikan dan sotong. Walau bagaimanapun, bercampuran makanan ini (antara makanan darat dan makanan laut) tidaklah boleh dianggap haram apabila dimakan bersama cuma ia mungkin membahayakan kesihatan.

• Rasulullah SAW pernah melarang para sahabat dan umat manusia daripada makan ikan bersama susu kerana ia akan menyebabkan si pemakan mudah untuk mendapat penyakit.

Berikutan perkara sedemikian, para ilmuan nutrisi telah membuat kajian dan menemukan keputusan bahawa dalam makanan darat mempunyai ion+(Positive Ions) sedangkan dalam makanan laut mempunyai ion-(Negetive Ions), jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka akan terjadinya tindakbalas biokimia (Biochemical reactions) yang aktif dalam tubuh sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk.

• Al-Quran mengajar manusia untuk mandi sebelum subuh, sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari terbit (sekitar pukul 4.00 hingga 6.00 pagi). Dengan cara ini, air yang sejuk mampu meresap kedalam badan sekaligus mengurangi masalah penimbunan lemak. Buktinya kebanyakan orang yang mandi pagi tidak gemuk.

• Rasulullah SAW melarang manusia makan dengan banyak dan melampau. Sebaliknya manusia itu hanya perlu makan ketika ia lapar dan berhenti sebelum ia kenyang.

• Rasulullah SAW sentiasa mengamalkan meminum air dengan banyak. Baginda meminta seseorang untuk sentiasa memenuhkan setengah ruang perutnya dengan air. Nabi juga mengamalkan minum air sejuk (bukan ais) yang bercampur sedikit madu setiap pagi. Mujarabnya InsyAllah sukar untuk mendapat penyakit.

• Rasulullah SAW juga mengajar supaya manusia meminum air dengan meneguk perlahan-perlahan.Nabi melarang manusia untuk bernafas (membuihkan air) dalam air yang untuk diminum.Hal ini kerana udara yang sengaja dibuihkan dalam air itu mungkin mengandungi kuman dan bacteria yang merbahaya kepada manusia.

• Rasulullah SAW juga menyarankan untuk bersugi (memberus gigi) setiap kali untuk menunaikan solat. Rasulullah amat tidak menyukai kepada orang yang tidak bersugi setiap hari.

• Rasulullah SAW juga turut meminta untuk berwuduk setiap kali ingin membuat perkara suci seperti solat, membaca Al-Quran, berzikir dan sebagainya.

Selamat berdiet..!!

Tuesday, March 30, 2010

✿ Diabetes Mellitus ✿

بسم الله الرحمن الرحيم


Apakah Diabetes Mellitus?

* Penyakit Diabetes Mellitus adalah satu keadaan di mana paras glukos (gula) tinggi di dalam darah disebabkan oleh kekurangan atau kurang keberkesanan insulin.

* Keadaan ini disebabkan oleh kurang hormon insulin yang dihasilkan oleh organ Pankreas.

* Insulin mengawal keseimbangan glukos dalam badan dengan membantu pergerakan glukos dari darah ke dalam sel.

* Sekiranya anda mengalami Diabetes Mellitus, glukos tidak boleh masuk ke dalam sel, sebaliknya kekal di dalam darah dan menyebabkan paras glukos tinggi dalam darah.

Apakah jenis-jenis Diabetes Mellitus?

* Terdapat dua jenis Diabetes Mellitus

o Diabetes Mellitus jenis 1
o Diabetes Mellitus jenis 2

* Diabetes Mellitus jenis 1 selalu terjadi di kalangan kanak-kanak dan remaja, ia meliputi > 90 % kes kencing manis.

Adakah penyakit ini sering berlaku?

* Kejadian Diabetes Mellitus berbeza antara negara dan komuniti. Di Malaysia dianggarkan kurang dari 1 %.

* Orang dewasa selalunya menderita Diabetes Mellitus jenis 2 tetapi dengan masalah kegemukan di seluruh dunia, kanak-kanak juga boleh mendapat Diabetes Mellitus jenis ini.

Kanak-kanak obesiti

Apakah yang menyebabkan Diabetes Mellitus?

* Sebab Diabetes Mellitus di kalangan kanak-kanak tidak diketahui
* Kemungkinan ia melibatkan gabungan antara keturunan dan faktor persekitaran.

Diabetes Mellitus jenis 1 : Kanak-kanak dan remaja selalunya mendapat Jenis 1.

Ia adalah satu keadaan "antoimmune" di mana system imun badan pesakit menyerang tisu-tisu dan organ badannya sendiri.

Diabetes Mellitus jenis 2 : Dilaporkan kerap terjadi di kalangan kanak-kanak di negara-negara yang mengalami peningkatan kadar kegemukan.

* Sebab-sebab yang lain termasuk kecacatan genetik fungsi Pankreas di mana Diabetes Mellitus berlaku ketika seseorang itu masih muda (maturity onset of diabetes in the young: MODY)

Apakah gejala-gejala penyakit Diabetes Mellitus?

Gejala-gejala yang ditunjukkan oleh pesakit Diabetes Mellitus jenis 1 bermula 1 minggu atau lebih sebelum kanak-kanak tersebut betul-betul sakit. Anak anda mungkin mengadu:

* kerapkali kencing dan air kencing banyak (siang dan malam)
* rasa haus yang amat sangat
* berat badan menurun
* rasa letih lesu dan kurang tenaga.

Perhatian:
(Kencing malam ) pada kanak-kanak yang telah terlatih mengawal pundi kencingnya di kenali sebagai "secondary enuresis". Sekiranya anak anda mengalami masalah ini, Diabetes Mellitus haruslah disyaki.

Gejala tambahan yang sering berlaku pada kanak-kanak:

* sakit perut dengan atau tiada muntah
* sakit kepala
* masalah tingkahlaku
* mudah mendapat jangkitan terutama di kulit

Sekiranya gejala-gejala ini tidak dikenalpasti awal, kemungkinan anak anda akan mengalami "diabetic ketoacidosis" (DKA).

Apakah "Diabetic Ketoacidosis"?

* Ia adalah keadaan kecemasan di mana kanak-kanak mengalami paras glukos yang tinggi dalam darah dengan pernafasan yang cepat serta dalam keadaan keliru atau koma.
* Dalam keadaan ini, anda perlu mendapatkan rawatan perubatan dengan kadar segera. Anak anda perlu masuk ke hospital untuk rawatan insulin dan terapi cairan.

Diabetes Mellitus Jenis 2 terjadi pada kanak-kanak di ambang atau selepas akil baligh. Ibubapa mungkin tidak mengetahui anak mereka mengalaminya sebab tanda-tandanya kurang jelas jika berbanding dengan Diabetes Mellitus jenis 1.

Masalah apakah yang ditimbulkan akibat Diabetes Mellitus?

Permulaan komplikasi bergantung pada jangkamasa dan kawalan kencing manis. Komplikasi ini hanya akan timbul di kemudian hari. Doktor anda akan memberitahu samada Diabetes Mellitus anak anda terkawal atau tidak apabila anda datang untuk lawatan rawatan susulan.

Taraf glukos dalam darah yang terkawal akan mengurangkan atau melambatkan berlakunya komplikasi yang melibatkan:

* Ginjal : kegagalan ginjal
* Mata : kebutaan
* Jantung : serangan jantung

Sumber : INFO SIHAT

Bicara Ilham:
~..My niece is diagnosed with diabetes..She's only 2 years old!!..Too young for such a disease..Please pray for her..~